Wednesday, August 16, 2017

a lesson (for girls)

kau rasa kau sekarang duduk dalam toxic relationship atau positive relationship?
silakan fikir, satu saat. 

apa aku nak cakap ni semua 100% based on true experience aku sendiri. sebarang ketidakpuasan hati/meroyan tak tentu pasal sebab tak setuju dengan statement aku ni, sila simpan je dalam hati ye. benda ni subjektif. so tak ada yang betul atau salah.

kalau kau rasa sekarang kau tengah duduk dalam toxic relationship yang mana;
- semua kau start dulu
- kau yang beria 
- dia tak peduli langsung pasal kau
- dia bersama kau sebab ada niat lain
- dia curang
- dia tipu kau hidup hidup
- dia ambil kesempatan dalam kesempitan 
- dia ignore kau berhari hari
- kau tak penting untuk dia
- dia menyusahkan semua benda (proses kahwin)
- dia buat endah tak endah
- dia lagi seronok tak jumpa kau
- dia lagi suka jauhkan diri dari kau
- dia tak support kau
- dia kondem semua pasal kau
- dia suruh kau berubah ikut acuan yang dia nak
- lain lain sila nyatakan sendiri

aku sarankan, keluar je dari toxic relationship ni. 
YE, SILA KELUAR. 

tak perlu fikir dua tiga kali. cukup sekali fikir then blah.

sebab?
SEBABNYA ;
- kau takkan dapat ubah dia unless dia sendiri yang nak berubah
- kau takkan bahagia
- kau akan terus murung kalau kau teruskan bersama dia
- kau takkan percaya dia 100% dan ini sangat tak bagus
- kau lebih banyak memendam rasa/makan hati 
- kau tak ada development untuk diri sendiri sebab kau murung
- kau akan terus kecewa dan kecewa dan kecewa

SERIOUS. INI SERIOUS.

kalau memang awal awal dah nampak yang dia tu is a NO, yes it's definitely A NO.
make a move, dan cari yang lebih layak untuk kau. 

MEMANG, mula mula memang rasa susah gila nak lepaskan. 
rasa perit sedih tak lalu makan mandi tak basah berak tak cebok yes yes semua tu memang memeritkan.

tapi percayalah, bila kau keluar dari semua ni, benda first yang kau akan rasa ; LEGA.

hubungan yang baik adalah bila kau tengok dia, kau rasa senang hati/tenang/happy.
even kau ingat dia pun semua yang happy happy je keluar. 
dan semuanya jadi mudah. 
serious tak tipu. 

ok, in case SI DIA yang toxic lagi bernajis tu cari kau balik ; JANGAN LAYAN.
please jangan baik hati sangat nak get back whatsoevershit. 
JANGAN. 

kau layak dapat yang lebih baik. tersangat layak. 
bumi Tuhan ni luas. 
give yourself a new environment, new memory to create, new experience to treasure. 
ok?

kalau memang dah jodoh?
WALLAHUA'LAM, semoga berkekalan aku doakan.
dan semoga dia lebih menghargai kau. insyaAllah. 

tapi, kalau masih ada peluang untuk cari orang yang selayaknya untuk kau,
yes please, sila cari. 
make your circle wider than before. 


BECAUSE, you deserve to be happy.
genuinely happy.
ok sistur? ;)

.hudapunyacopyrightreserved.