Wednesday, January 27, 2021

Hey, it's 2021 now!


As we go on, we remember

All the times we had together

As our lives change, from whatever

We will still be, friends forever.

Yepp, it's me! Masih sitinurhuda owner blog hudapunya ni. 

It've been such a long time since my last entry. Maaf, life get me busy. I turn a new one - busy wife / busy mom / busy worker / and-everything-is-busy-kalah-menteri people. Sampai masuk 2021 ha LOL. 

Banyak je benda yang jadi tapi entahlah aku tak dapat feel nak menulis dekat sini. Aku lalui hidup macam manusia normal atau lebih tepat, aku lalui hidup macam isteri/ibu lain dekat luar sana. 

Tapi! ada perubahan yang besar jadi dalam hidup aku & Amirul. Segala macam bentuk dugaan, cabaran & rezeki kitorang dapat. 

Aku highlight la ye.

- dapat beli rumah dekat Setia Alam.

- aku dapat kerja government sector. 

Alhamdulillah, perjalanan nak beli rumah bukan sesuatu yang mudah untuk noobies macam kitorang. Tapi akhirnya kitorang berjaya dapatkan unit yang kitorang nak. Tuhan Maha Baik. 

Aku pulak tak sangka dari hanya hantar borang suka suka secara paksa-rela dekat 1 jabatan kerajaan ni, dapat interview & petang hari yang sama terus berjaya dapat kerja dekat situ! Allah sangat baik dengan hamba hina macam aku ni, Masha-Allah. 

Tapi selepas tu waktu agak crucial untuk aku selesaikan semuanya dalam waktu yang sama. Sampai aku burn out. Aku tak mampu nak buat semua sekali. Nasib baik ada Amirul yang sentiasa support semua segala jenis benda alah yang aku buat. 

Makanya, Januari 29 ini (Jumaat) merupakan hari terakhir aku pegang jawatan Logistic J. Executive dekat company yang dah 6 tahun aku makan gaji sini. It's my time to go. Sayang & berat hati nak tinggalkan company sekarang ni, tapi perancangan Tuhan tu cantik sangat. Aku tak mungkin tolak peluang yang ada ni. Aku sayangkan semua colleagues aku. Tak mungkin aku lupa tempat jatuh aku, apatah lagi tempat belajar erti hidup. 

InsyaAllah ada masa lagi aku akan update. Semoga korang yang setia baca blog ni sentiasa dilindungi Allah & baik baik saja. Mohon doakan perjalanan aku selepas ni semakin mudah & boleh mudahkan urusan orang lain pulak. 

adios amigos, 

sitinurhuda



.hudapunyacopyrightreserved.