Thursday, October 19, 2017

The Tales of Amirul & Siti - part 4

THE BUDGETING & RINGS

ada orang cakap kitorang ni cepat, tak kenal betul betul then terus decide nak kahwin.
ada orang cakap lagi kitorang ni plan awal, excited bebeno. 
tapi takpelah, tak kisah sangat apa orang cakap ni. 
asalkan niat kitorang betul pun dah cukup
and disebabkan niat pun dah betul, semuanya dipermudahkan, Alhamdulillah.
dari bab nak mengumpul duit sampai ke bab nak ready cari rumah sewa sementara nak beli rumah insyaAllah, semuanya jadi senang. 

macam mana kitorang kumpul duit?
sama je macam orang lain kumpul. 

starting kumpul sorang 200, lepastu ada lebih tambah lagi tambah lagi.
kena disiplin la. dapat gaji je terus tolak duit untuk simpan tu dulu. 

mana kitorang simpan?
Amirul ada akaun RHB bank yang dah berkurun dia tak guna, so kitorang masukkan duit dekat situ. kad bank dia aku yang pegang. then aku bukak excel, buat akaun keluar masuk. 
selagi boleh tahan, kitorang tahan tak guna langsung duit dekat RHB tu. just kalau betul betul urgent kitorang akan guna, then WAJIB GANTI BALIK. WAJIB. tak kira la macam mana sesak pun, WAJIB GANTI BALIK. 

so setiap amount masuk and keluar, aku record.

and selama kitorang menyimpan ni, kitorang tolong satu sama lain. 
aku sesak, Amirul tolong. dia sesak, aku tolong. 
yang lain lain komitmen tu masing masing settle la.
menyimpan tanpa effect belanja harian & elaun ibu bapa.
semua remain the same. 

lepastu, buat la listing duit duit terkumpul tu nak guna untuk apa, antaranya;

-first rm300 yang Amirul simpan, aku freeze kan untuk duit mas kahwin.
-duit hantaran
-barang kemas untuk bertunang/nikah
-duit emergency
-duit nak masuk rumah sewa
-duit honeymoon (kalau ada lebih)

so bila dah tau apa nak buat dengan duit tu, kena la simpan continuously. 
kena disiplin kena tahan nafsu sikit mana yang boleh, nak kahwin kan.

so far yang dah settle; duit mas kahwin & barang kemas untuk bertunang.
ok baru lega 10%

lepastu? 

ok lepastu, cari dateline untuk nikah/bersanding. 
yang ni Amirul dah pilih date, aku ikut je.
so dah pilih date, kena fokus and straight to the main event la kan. 
nak kena kumpul duit betul betul sebelum hari nikah. 

ok back to barang kemas. 

kitorang beli emas awal, bulan 8 haritu dah beli. 
sebab harga emas tengah murah and duit pun cukup, so Amirul ajak settlekan barang kemas dulu. 

kitorang beli dekat Wah Chan je, beli 1 cincin bentuk, 1 cincin belah rotan. 
lepastu dapat free 1 lagi cincin belah rotan, gelang pearl & loket rantai. 
total = RM 800 

murah? tau takpe. 

so settle satu perkara.
lepastu rm300 dari poket Amirul sendiri, aku freeze untuk duit mas kahwin.

so settle lagi satu perkara. 
Alhamdulillah. 

oh ye, duit hantaran kitorang simpan sama sama k harap maklum.
nak suruh lelaki simpan sorang sorang oh itu adalah perkara yang sangat lame dan oldschool.
fikir maju ke depan sikit la ye. nak hidup sama sama kena susah senang sama sama la makcik oi. 

sekarang balance yang ada tu biarkan je, and continue menyimpan macam biasa. 
and kitorang (mostly aku) dah start cari planner untuk pelamin & bersanding, cari photographer perkahwinan, and tengok barang yang sesuai untuk buat goodies. 
aku kasi Amirul tengok semua segala mak nenek pakej yang ada, dia pilih mana yang ok and berbaloi. 
aku buat shortlist je, dia decide.
aku malas nak fikir. mana mana pun ok. 

bila dah sampai level sekarang ni, tak boleh dah nak fikir pasal orang lain.
dah kena commit antara satu sama lain.
 nak kahwin bukan  takat 2 3 bulan je, nak kahwin ni kalau boleh untuk selamanya la kan. 

kalau asyik nak bercinta putus bercinta putus bercinta putus, baik bercinta dengan dinding. 

and ULTIMATELY; banyakkan bersedekah.
ni Amirul ajar aku. 
sebab aku ni jenis nak fikir hal sendiri je aherherher

lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak perkara dipermudah. 
trust me :) 

lepastu, IKHLASKAN semua yang kita buat.
kena sentiasa positif and bersabar.  
letakkan semuanya di bawah urusan Tuhan.
kita manusia biasa mampu berusaha and bertawakal.
selebihnya, kuasa DIA. 
wallahua'lam. 

semoga membantu untuk orang lain.
selamat berkahwin :)

.hudapunyacopyrightreserved.