Friday, April 14, 2017

2 tahun!


graduate diploma in insurance studies, sekarang kerja logistics field. jauh kan hakak menyimpang? kohkoh. oh ye ni orang orang department hakak. logistics department. yang belah kiri sekali tu bos hakak. dah tau kan siapa paling muda dekat situ?

lepas 5 kali tukar kerja dalam masa setahun lepas hakak graduate, kerja dekat company sekarang ni yang paling kena dengan jiwa raga. alhamdulillah, genap 2 tahun. yes mostly orang cakap rugi belajar insurance 3 tahun tapi tak jual insurance. tapi hakak peduli apa, duit makan tengahari hakak yang cari sendiri, pergi lantak sama mereka dan keluarga mereka kehkeh

masa mula mula kerja? mana ada yang senang dik. semuanya mula dari zero. hakak datang bawak kepala otak dan perut yang kosong je. menangis apa semua hakak dah buat. tak reti nak malu dah time tu sebab stress nak catch up benda baru. 

sekarang? alhamdulillah, alhamdulillah. hakak mampu buat kerja yang hakak sendiri tak fikir hakak mampu buat. tak tipulah stress penat letih semua tu mesti ada dalam aktiviti harian kita. tu hakak tak tipu. mesti ada. dah nama pun kerja. tapi takpe, insyaAllah semuanya boleh handle. 

oh ye, abah hakak banyak kali juga suggest hakak apply SPA, masuk kerja gomen. hakak sedang cuba. dua kali hakak pergi interview, tapi belum nak jadi rezeki hakak lagi. hakak sejujurnya kurang berminat dengan kerja gomen. hakak faham kerja gomen ni lebih secure sebab ada pencen dan banyak lagi kemudahan. tapi tu la, kalau nak jadi rezeki, mesti ada jalan kan? 



bukan senang nak senang. bukan susah nak susah. yang paling penting mindset/niat kita. kalau awak sendiri tak nak buat movement, awak takkan ke mana. takkan achieve apa apa dan takkan ada cerita cerita kejayaan yang nak diceritakan dekat anak anak awak nanti. maybe pada orang lain cerita awak tu biasa biasa je, tapi awak kena simpan semua cerita percapaian awak untuk jadi motivasi diri awak sendiri, dan juga untuk waris waris awak tu. sangat berguna. serious. 

sekian motivasi dari hakak. teruskan usaha untuk semua yang awak tengah buat. insyaAllah hasil yang baik akan datang juga dekat awak. cepat atau lambat je. ok? :)

.hudapunyacopyrightreserved.