Monday, April 3, 2017

benda yang paling aku takut.

sebelum ni, kalau bab kerja en, mana mana ofismate yang keep on stressing kan sesuatu kerja tu, atau terlalu chase kerja tu, aku selalu cakap ;

jangan kejar, lagi kejar lagi tak dapat mende tu. 

aku rupanya cakap dengan cermin. benda yang paling aku takutkan, benda yang paling aku stresskan hari hari, last last tak jadi milik aku pun. 

aku straight to the point, aku baru lepas putus cinta. eww cinta sangat kannn. hahahaha :D tapi yeah, that's the reality yang aku sendiri kena hadap/lalui. 

mula mula? sejujurnya untuk seorang manusia biasa macam aku ni, mestilah aku akan menangis menangis dan menangis. aku masih mengharapkan peluang kedua waktu tu. aku tak boleh terima hakikat hubungan ni sampai setakat ni je. 

hari pertama aku banyak buang air mata. sampaikan tengok bumper kereta sendiri (ada cerita dekat sini, biarlah kami je yang tau) pun aku menangis macam anak hilang mak dekat tesco. 

hari kedua, sedikit normal. hahahaha time ni cuba untuk busykan diri sendiri. 

hari hari seterusnya, alhamdulillah semakin baik. semakin boleh terima hakikat dunia. 

susah juga nak cari kekuatan nak menghadap benda macam ni, lagi lagi bila keluarga dah tau pasal dia. aku tahankan perasaan tadahkan telinga tutupkan mata je la. 

sebelum ni aku banyak kali cakap dekat dia, aku betul betul takut dengan kegagalan dalam hubungan. then sekarang tengoklah, ini lah realiti alam kata orang. haha

kita merancang, tuhan pun merancang. tapi perancangan tuhan adalah yang terbaik. 

perasaan sekarang? sayang? aku tak tau. rindu? adalah, sikit. percaya? jujur, zero.

bila aku fikir fikir balik, sayang je tak guna kalau tak ada rasa percaya. kan? so aku just mampu doakan kebahagian dia untuk hari hari seterusnya. 

aku pun ada salah silap jugak. aku mengaku. (jarang tau perempuan nak mengaku salah sendiri hahahaha)

cari lain? adalah buat kawan kawan, rasa tu tak sampai lagi. maybe sebab still dibayangi kot. biar dululah.

ada hikmah juga disebalik perpisahan ni. aku berjaya cukupkan 5 waktu aku, tambahkan lagi dengan sunat sunat yang ada. aku jadi lagi positif and reti nak redha dengan semua semua yang jadi. belajar memaafkan semua semua tu. alhamdulillah. 

so untuk langkah seterusnya, aku tawakal je. aku takut nak mengharapkan apa apa. 
semoga baik baik saja semuanya, untuk dia juga :)

.hudapunyacopyrightreserved.