Tuesday, March 28, 2017

random talk.

orang cakap, kalau dia memang betul untuk kau, dia akan selalu ingatkan kau tentang tuhan. dan sedaya upaya dekatkan kau dengan tuhan. sebab dia sayang. doa akan jadi senjata untuk kau dan dia.

orang cakap lagi, kalau dia memang betul untuk kau, ingatan kau kepada dia pun dah cukup buat kau bahagia. dan kau selalu mendoakan kesejahteraan dia walau jauh mana pun dia pergi.

dan orang cakap lagi, kalau dia memang betul untuk kau, dia takkan ada dua atau tiga di sisi. cukup kau seorang untuk bahagiakan hari hari dia. cukup kau seorang untuk teman dia sampai bila bila. 

orang cakap lagi, kalau dia memang betul untuk kau, percaya jadi point utama antara kau dan dia. tak ada semua rasa curiga. langsung tak ada. 

kepada lelaki, jadilah setia semampu kau. sebab kau takkan jumpa orang yang sama selepas dia. ye, cantik memang banyak. kau boleh pilih atau petik sebanyak mana kau nak. tapi hati semua lain lain.

kepada perempuan, berpada padalah apabila memberi cinta. serahkan semuanya kepada tuhan. faham, dia mampu buat kau tersenyum sepanjang hari. tapi dia juga mampu buat orang lain tersenyum pada masa yang sama. 

kepada kedua duanya, jangan berjanji bila kau sendiri tak pasti. sebab action biasanya speak louder than your words. 


-sitinurhuda-

.hudapunyacopyrightreserved.