Saturday, April 20, 2019

Amirul & Siti - part 28

A GIFT FROM GOD

aku nak share ni. korang baca je la ye. sekarang baru sesuai untuk aku share dengan korang. sorry la lambat, perlukan kestabilan keadaan untuk bagitau orang. 


rezeki yang tak pernah salah alamat. rezeki yang aku dengan amirul ada plan flow kewangan & keperluan untuk anak ni tapi tak expect akan dapat awal. 

ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL.
Tuhan Maha Memberi Rezeki. 

masa aku check ni baru masuk 7 weeks ngam ngam. check dekat panel clinic company aku. 

alhamdulillah dari awal pregnancy aku tak ada langsung muntah/alahan/pening/loya loya semua aku tak berkesempatan nak rasa. just predict sebab period lambat and ada 1 malam tu dua dua belah kaki aku cramp serentak. sakit dia tak boleh nak imagine. aku nangis kot time tu sebab tak pernah kena. amirul dah dapat agak pun dari parents budak silat dia. ada 1 kakak ni dia tukang urut orang lepas bersalin, kakak tu boleh eh whatsapp dia cakap badan aku dah ada isi. tapi still awal lagi masa tu baru 5 weeks and aku pun tak pergi check lagi. apalagi senyum memanjang je la si amirul. tak jadi nak buat surprise hahaha 

and mengidam makan. alhamdulillah setakat ni tak ada mengidam pelik pelik. and kebanyakan kalau aku mengidam aku pergi cari and dapatkan sendiri. ada jugak yang amirul akan bawak aku tapi aku bayar sendiri. aku rasa puas macam tu. sendiri nak sendiri cari. tapi ada jugak yang aku nak amirul belikan. hehehe 

dan jugak penat melampau lampau. penat kali ni rasa lain. aku mental down and selalu balik kerja mesti nangis. siap mengadu dekat amirul nak berhenti kerja hahahaha poyos gila perangai. alhamdulillah even penat macam ni pun baby still kuat. bagus dia ikut bapak dia, tulang besi urat dawai kekekeke.

sekarang dah masuk 12 weeks / 3 bulan. perut pun semakin visible, part ni amirul suka bebeno. aku tak faham dia suka sangat tengok baby bump. hari hari dok bercakap dengan perut aku. dia tak tau ke dalam tu banyak fat hahahahah anyhow dia happy aku pun happy. aku harap anak kitorang ni pun sehappy mommy abi dia. insyaAllah. 

and yes, aku bunting pelamin. 

sebelum ni aku dimomokkan orang badan chubby macam aku susah nak lekat. tambah pulak period aku agak problem sebelum kahwin. tapi rezeki Allah nak bagi siapa boleh jangka kan? kuasa Tuhan melebihi segalanya. 

and kitorang sebelum kahwin pun dah plan siap siap flow kehidupan & kewangan untuk aset, untuk anak. so kitorang ready untuk apa je yang datang. anak dapat awal kitorang of course la happy, kalau dapat lambat pun tak ada masalah, kita usaha selebihnya kita tawakal. tak gitu?

apa apa pun yang penting keperluan anak. aku suka guna konsep quality over quantity. tak ramai anak takpe, asalkan yang ada ni berkualiti untuk agama dia, bangsa dia and keluarga dia. biar dia cukup serba serbi. 

doakan baby sihat dalam perut and kuat macam abi dia. mommy dia pun. 
insyaAllah awal November kita jumpa baby. 

thank you korang. 
bye.

.hudapunyacopyrightreserved.