Wednesday, April 19, 2017

changes after break-up(s)

ini adalah pendapat/pengalaman individu. tak ada kena mengena dengan yang sedang makan ataupun yang sedang poo poo. 

so disebabkan aku baru je single sebulan yang lepas, dan sejujurnya break-up kali ni yang paling menyedihkan dan sendu, aku bagitau perubahan yang berlaku selepas hari kejadian. 

satu - lebih berhati hati.
masa bercinta aku tak fikir mende lain selain dia. dia jadi priority dan semua yang lain lain adalah tak relevan untuk aku fikir. i put him 100%-ly first, on top. ye itu adalah perkara yang sangat bodoh ye, aku tahu. cinta weh cinta. hahaha. dan selepas kejadian, aku jadi lebih berhati hati atau lebih jujur, jadi takut nak percayakan manusia sekeliling. berkawan baru? ada, tapi masih dalam proses berkenalan. masih main tarik tali. masih juga jual mahal, dan tak letak percaya 100%. 

dua - dekatkan diri dengan tuhan.
aku manusia biasa, banyak dosa banyak leka. sepanjang dalam perhubungan aku mengaku aku agak leka dengan semua tu. sampaikan tuhan test power sikit aku terus melatah. jadi tak kuat iman. jadi lembik mengalahkan sotong. eww perangai. selepas kejadian, aku bangkit dari kesedihan yang sia sia, aku cukupkan 5 waktu aku yang sebelum ni rompong habis. rongak rongak. maybe sebab tu la tuhan kasi test sampai break-up, nak kasi ingat balik dekat Dia. kehkeh. oh ye, kawan baru tu ada ajak pergi kelas mengaji. hewhew. 

tiga - lebih banyak masa dengan keluarga/kawan kawan. 
masa bercinta aku memang rajin keluar. lepas kerja terus hilang. sabtu ahad pun kadang dah hilang pi merayap. padahal time keluar merayap dengan dia tu sampai buntu nak pergi mana. just seronok nak berdua je ish ish ish ish. selepas break-up apalagi duduk rumah je la. sebelum ni kalau family ajak keluar, aku selalu bagi alasan. sekarang no more, aku lebih hargai masa dengan family/kawan kawan. walaupun kadang nak keluar pun duit tinggal seposen dua je, tapi aku cuba juga la penuhkan masa dengan dorang. belajar dari kesilapan lalu.

empat - jadi diri sendiri & positif.
aku tak tipu, aku cuba jadi orang lain masa aku bercinta dulu. aku jadi orang ikut acuan yang dia nak. dia suruh diet aku diet dia suruh aku pakai spek aku pakai spek (lelaki memang suka perempuan pakai spek ke?) dan macam macam lagi. aku sedar aku tengah jadi orang lain, tapi demi cintaku padamu kononnya, pui, aku ikutkan je. ye aku tau, korang nak cakap bodoh en? cakap je la aku terima. haahahaha. sekarang hmm, i live my life happily as i am je la. aku ada set dengan bff aku, orang selepas ni kena terima aku seadanya, lepas je ada ikatan contoh tunang ke, baru aku ubah mana yang patut. kehkehkeh. kalau tak, sampai bila bila kita takkan terima diri kita sendiri. and satu lagi, dia nak ubah kita ikut selera dia, dia tu bagus sangat? perfect? handsome? kaya? pergi tengok cermin. 

dan aku cuba jadi lagi positif. aku cuba fikir semua yang jadi ni ada hikmah tersendiri. ada yang rezeki lebih baik nak datang mungkin, siapa tahu kan? dan juga untuk ajar diri sendiri jadi lebih baik. insyaAllah. 

aku tak benci masa lepas yang dah pun terjadi, dan aku tak benci orang orang yang berkaitan. aku cuba jadikan semua ni pelajaran untuk diri sendiri. dan aku berterima kasih juga sebab kalau dia ni tak wujud, aku takkan belajar sesuatu. masih ada benda baik yang dia pernah buat untuk aku.

perasaan mungkin dah kembali natural. sayang rindu semua tu aku dah kuburkan tanam elok elok siap baca talkin. hahahaha. aku tak rasa aku mampu patah balik untuk tengok lagi masa lepas. so kalau aku terjumpa dia pun aku yakin aku boleh approach dia macam aku jumpa kawan biasa. 

untuk cerita akan datang ni aku mampu doa dan harapkan yang baik baik untuk aku. selayaknya untuk aku, dan mampu terima seluruh cacat cela aku, dan terima keluarga aku. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, so nak tau kau layak or tak untuk dapat pasangan yang baik, cepat cepat audit diri dekat cermin. ok?

aku boleh, korang (yang tengah/baru frust tu) pun mesti boleh kan? :)

.hudapunyacopyrightreserved.