aku ingat lagi masa Form 4, time tu aku outsider. asrama buang aku -_-
masa tu abah hantar pergi sekolah, naik motor. ppeng ppeng ppeng. bunyi motor
bayangkanlah, dengan tudung labuh bagai, aku rempit dengan abah naik Modenas Jaguh.
oke stopp untuk bayangan itu. haha
nak nak pula, time tu hujann. bushhhhhh bussssssh. bunyi hujan
sampai sekolah, abah pesan :
"ni kalau SPM minta minta dapatlah 6 or 7 A's. susah payah kau datang sekolah ni"serious bak hangg, aku macam sentap menyentap gilaa.
dari zaman Form 1 sampai Form 3, aku ni kira dalam list pelajar problem. tahap bingai
result PMR sudahlah macam apa -_-
so lepas tu konon nekadlah nak berubah bagai bagai.
tak jadi pun. ish teruk si gueyy -_____-
cikgu yang paling rajin tegur ke'evil'an aku banyak kot.
Cikgu Sabariah, Teacher Wirdahayu, Cikgu apa ye tak ingat namanya, Cikgu Muzakir.
dannn ramaiii lagi cikgu.
nampak tak evil aku paras mana ? haaaa kan ?
nak dijadikan drama bersiri, masa aku Form 5, time tu result SPM 2009 keluar.
aku dengan Miza usha senior senior ambil result dekat dewan.
ada satu senior tu, aku nampak dia keluar dari dewan.
dia larii pergi tempat park kereta.
and dia peluk mak ayah dia !
jujur cakaplah, aku macam tersentuh gilaaa !
nak menangis pun ada. happy nya kalau aku yang jadi dia. happy nyaa !
masa tu la aku fikir, then terdetik ;
"aku nak juga alami saat heaven macam dia"lepas tu aku just hidup macam biasa.
2 or 3 weeks before SPM, Cikgu Sabariah ada pesan ;
"saya tahu kisah awak. kalau awak berubah, awak akan berjaya"sama juga, rasa nak menangis. tersentuh gilaaa !
and aku study macam orang lain. hidup macam biasa.
sampai laa masa SPM.
masa ambil result SPM. hari sebelum. nervous gila. tak tidur.
masa mandi pun fikir "berapa A aku dapat cekau ehh ?"
sampai je dekat sekolah. Sir Azlee orang first tegur aku ;
"ha Huda, Sejarah kau A"aku blur. serious ke Sir ni ? masa ambil slip.
Ustazah Akalili merangkap guru kelas aku ;
"tahniah Huda, ustazah tak sangka kamu boleh dapat banyak ni"aku mem'blur', slip tak sampai dekat tangan lagi.
then Cikgu Nawar, cikgu Perdagangan ;
"tahniah Huda, awak sorang je yang dapat A+ untuk subjek saya dalam kelas DS"aku pegang slip. oke, nak menangis. Ya Allah ~
waktu tu Hani orang terdekat, aku peluk dia.
mak aku tak ada, bajet nak suprisekan bila dekat rumah. abah aku Engineer dekat Mumbai.
dan dan je, abah call. dari oversea beb ! aku bagitahu result.
and bla bla bla. ada sorang cikgu ni cakap. cikgu kaunseling, nama tak ingat. dia cakap ;
"awak boleh apply belajar dekat luar negara. isi borang"macam tak percaya je. tapi aku tak isi. takut mengharap nanti.
aku apply U tempatan je :))
so, moral dekat sini.
"aku bukan budak pandai, memanjang duduk kelas last. tapi kalau usaha lebih sikit, insyaAllah berhasil dan berjaya :) dengan cikgu, benci mana pun dekat dia, fikirlah yang dia membawa sejuta kebaikan untuk diri sendiri. dia tak minta benda fizikal, dia minta kejayaan. dunia akhirat insyaAllah"hargai Guru anda. balas pengorbanan dan jasa mereka :)
terima kasih cikgu :)
Selamat Hari Guru 1Malaysia.
ikhlas daripada saya.
Siti Nur Huda binti Shamsuddin, pelajar cemerlang 7A SPM 2010 Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, mahasiswi tahun dua Diploma Pengajian Insurans Universiti Sultan Zainal Abidin.