Monday, June 20, 2016

pasal kerja.

tengah dengar lagu raya. who cares? 

aku takdelah expert mahaguru sangat nak kasi tips power yang 100% akan menjamin korang dapat kerja tu, aku kasi yang aku pernah lalui/rasa. aku tukar kerja 5 kali dalam masa kurang setahun. gila kan? well. nak buat macam mana, jodoh dengan kerja belum betul betul lekat time tu. 

tips cari kerja dululah ye. 

1 - apply di web web cari kerja yang dikenali ramai. contoh ; jobstreet, maukerja & spa. kalau tau yang lain, apply sekali. hati hati dengan scam. aku pernah kena tipu sekali, dekat mudah.my. 

2 - aku faham kau ada kelayakan yang tiptop dan kelulusan yang tinggi, aku faham. so lebih cemerlang kalau kau letak expected salary kau lebih rendah. sebab ; dorang cari pekerja yang boleh mula dari bawah. lepastu dorang ikut market price untuk fresh grad/fresh entry macam kita. so even kau ada kelulusan cemerlang tertinggi pun, dorang still akan offer starting salary yang paling biasa orang kasi. dalam masa yang sama dorang nak tengok kau ni kerja for only money atau kerja for development. dulu aku letak 1200. alhamdulillah, offer interview tak putus putus. masa interview, demand balik gaji kau nak. buat negotation. 

3 - isi semua perkara yang dia suruh kau isi. gambar pun letak sekali. disclose semua yang patut disclose. jangan ada hidden UNLESS dia tak suruh isi. 

4 - upload sekali resume kau. resume sila update dari semasa ke semasa ya. 

5 - tinggalkan alamat emel & no phone kau. penting. sila gunakan gmail untuk lebih professional. 

6 - kalau dekat jobstreet, kau boleh search segala jenis position yang ada. aku sarankan apply based on GAJI, POSITION, LOCATION. lepastu kau apply je sebanyak yang boleh. 
JANGAN MEMILIH. apply je dulu. 

7 - lepas dah apply banyak banyak banyak, sila bawak phone ke mana saja anda berada. 

8 - on emel kau dekat phone, lebih pantas untuk bukak kalau ada company hantar offer thru emel. 

bila dapat call untuk interview, jangan sesekali cakap TAK. even kau tak boleh nak pergi, cakap je BOLEH. lepastu mintak dia emel map location office dia. wajib. lepastu baru decide nak pergi or tak.  sebab ; kalau kau terus cakap tak, dorang directly judge kau bukan optimist. 

ok ready untuk interview. 

tips interview aku tak berapa power, sebab aku pun kalut time interview. tapi sepanjang 5 kali aku tukar kerja, antara soalan soalan favourite dorang ; 

1 - ada lesen? ada kereta? macam mana pergi kerja?

2 - boleh kerja luar? boleh ot? boleh dihantar pi outstation?

3 - boleh tahan pressure? boleh terima kerja ad-hoc tak?

4 - kalau kau bujang ; bila nak kahwin agak agak? ada plan untuk pregnant awal? 

5 - kalau kena panggil kerja time cuti, sanggup tak? 

6 - apa kelemahan? apa kelebihan? macam mana kau settlekan kelemahan? 

7 - pandai guna komputer? 

oh ha, jangan lupa tanya pasal tempat solat/waktu break solat dia ada serve or tak. kalau tak ada, sila back off. 

ha tu je la kot setakat pengalaman aku. semua in English ye. semput. soalan nombor 4 tu jangan offended k, tu soalan biasa sebab kalau kau beranak ke apa ke atleast dorang boleh plan untuk cari replacement sementara. so jawablah dengan tenang. gitu.


tips nak dapat kerja (probation period) 

kalau kau yakin kerja tu kena dengan jiwa raga kau, time ni digalakkan untuk jadi manusia yang lebih sabar lebih jitu lebih kebal sebab time ni you'll be tested. satu lagi time ni kira macam peralihan dan penyesuaian diri dekat environment baru. so banyak banyakkan berdoa semuanya berjalan lancar. 

just JANGAN ; 

1 - demand. terima segala arahan yang bertepatan dengan job scope kau la. 

2 - mengeluh. nak mengeluh, diam diam. sabar.

3 - banyak complain. tanya takpe. tanya & complain adalah dua benda berbeza. 

then, selalu selalulah senyum dan beramah mesra dengan officemate yang lain. tapi aku galakkan jangan terlalu disclose pasal diri kau. sebab kau still dalam probation period. percent untuk jadi permanent still belum boleh jangka. 

letakkan perasaan seronok nak belajar benda baru. mula mula memang semuanya susah, tu memang tak dapat dinafikan. semuanya memerlukan kesabaran ye. 

minta restu mak ayah, penting. kalau mak ayah tak kasi, ikut je, jangan risau ada rezeki lain nanti. kalau still nak cuba nasib, pujuk diorang elok elok. and jangan lupa berdoa and bertawakal. sebab ketua segala ketua yang in charge untuk kasi kau kerja tu Dia yang dekat atas sana. redha Allah atas redha ibu bapa. 

kalau semuanya positif, bersedialah untuk terima permanent letter pompompompom preet preet! *bunyi meriam buloh*

oklah, semoga bermanfaat pada yang memerlukan. 


selamat hari raya aidilfitri in advance! :)

.hudapunyacopyrightreserved.