Wednesday, December 14, 2016

#HudaBuangAngin - Hat Yai, Thailand.

*bukak lagu polaroid*

yes berkurun tak buat entry sebab aku ketagih dengan wattpad wuhu :D hai assalamualaikum orang orang kampung! *lambai kaki* semoga baik baik saja semuanyaa eceh. 

sabtu lepas (10/12/16) aku pergi Hat Yai, company trip. istilah company trip tu bukanlah bermaksud makan tanggung berak cangkung ditanggung beres oleh company ye murid murid. salah semua tu. keluar duit masing masing sebab under sport club company gittchu. jangan risau aku akan list out berapa hengget aku berabis dekat sana. 

RM400 ALL IN + RM400 belanja. 

RM400 all in tu maksudnya ; tiket pergi balik / hotel / makan minum 3hari 2malam / pengangkutan dekat Hat Yai. 

semua tu organizer yang uruskan. kitorang takat letak duit je la maksudnya. gitu.

FIRST DAY - depart 3.40pm dari KLIA2






kitorang naik air asia, journey dalam 1jam 20 minit macam tu. take off 3.40pm waktu mesia, landed dekat hat yai 4.32pm waktu siam. sebabkan duduk dekat dengan sayap so agak bising la. pening kepalo makcik. oh ha waktu siam lambat sejam dari waktu mesia. then sampai terus naik bas pi makan and check in hotel. dari airport ke hotel ambik masa lebih kurang 30 minit macam tu la. 

trip ni kitorang 3 orang je muslim, yang lain lagi 37 ketul chinese, so dorang pergi makan dulu kitorang pi jalan jalan, lepastu check in hotel then baru kitorang bertiga pi makan. separate dinner sebab restoran dorang pi tu non-halal. 




ni view sepanjang dalam bas. wayar wayar dorang ni yang rare sebab berselirat gila, nak lalu bawah tu pun takut kena karen hahaha


dinner kitorang pi dekat Restoran Hamid, dekat dengan hotel kitorang, Centara Hotel. jalan kaki je sebab kawasan dia betul betul macam dekat Penang. dinner biasa biasa je sebab sorang dia kasi 200baht untuk makan. 200baht around RM23 duit kita. secara jujurnya lah makanan dia agak mahal. tapi oklah, bukan selalu nak mai kan. paling power, teh ais dia. so lit! memang wajib cuba. 


then, check-in. Centara Hotel. 


dorang kasi kitorang 1 bilik disebabkan kitorang je muslim so senanglah kan. selesa sikit. hotel best tingkat 12 engko best gila tengok view malam. katil bujang tu awal awal aku dah cop sebab pagi pagi bangkit nak terus tengok view pagi hewhewhew

then lepas dinner kitorang free and easy. bebas nak buat apa apa. ada yang pergi massage, ada yang pergi asean market ada jugak yang terus bantai pi McD nak makan pork burger punya pasal hahaaha. kitorang just jalan jalan dekat bawah hotel cuci mata. tapi tak berapa nak cuci jugaklah aku dah ralit beli tu beli ni. dekat bawah hotel kitorang ada pasar malam, katanya every night memang ada. lagi pulak musim cuti memang meriah gila la. sorry takde gambar. 


SECOND DAY - jalan, makan, shopping.







yeahh pagi di hat yai. soooo lit! time ni tengah nak tunggu bas pi kedai jual jajan jajan macam tu lah (sorry tak tau nama) then pergi Nora Plaza makan sup sarang burung and ada jual barang kulit dekat situ. 



ni kedai jajan aku cakap tu. sini tak payah risau sebab dorang ada asingkan yang mana non-halal and halal punya. so boleh beli mana yang kita suka. aku borong sotong Bento, pes tomyam untuk mak and ikan yang panjang panjang tu amende entah. then pergi Nora Plaza, kitorang tak makan pun sup sarang burung, kitorang makan eskrem muehehehe 

30baht = RM3.50
Eskrem kelapa.

dah macam Sangkaya ada topping kacang, buah amende entah, roti dengan buah color oren aku tak tau nama dia huhu. sedapppp!






beli lagi kohkoh. yang ni 40baht. 

then pergi Samila Beach. disebabkan duyong ramai sangat berebut nak selfie dengan dia, aku pi la selfie bersama kucing. dekat area situ jugak. pantai dia kalau compare dengan pantai kita, indah lagi pantai kita huhuhuhuhu sebab sana anjing bersepah. tapi ada kuda kudakutkudakut bolehlah naik kalau ada duit lebih. 

lepastu pergi KlongHae Floating Market. 



dekat floating market ni kitorang beli baju baju je sebab dekat tempat orang jual makanan tengoklah tu, packed gila orang. ramai tunggu. so kitorang jalan jalan and ambik gambar je. macam macam ada baju beg kasut ole ole keychain semua jenis mak nenek keychain pun ada. 

then malam, balik hotel pun free and easy time. bebas. kitorang masuk hotel letak barang then turun balik pi Asean Market. naik tuktuk wehh bestttt gila!

tuktuk ni biasa dorang charge 20baht sorang. dalam rm2 macam tu la. kalau dorang cekik lebih lebih, cancel terus sebab bersepah tuktuk lain. just cakap je nak ke mana then tanya harga, kalau dia cakap 20baht 1 person, ok jalan. 

nak ke Asean Market lebih kurang 20 minit la. dorang dekat sini drive / bawak motor memang jenis hati kering. kita yang tengok ni yang takut. dorang relaks je selit sana selit sini main hon sana hon sini. kalau dekat mesia main hon memang dah bertumbuk la kot hahaha


Asean Market ni kira macam uptown la. tapi sini takde baju i love hatyai yang jenis jenis macam tu takde. sini mostly jual baju harian biasa la. tingkat bawah baju baju semua tu, tingkat atas food court. sini tak boleh nak nego. fixed price. aku beli tote bag kulit je satu, 100baht - lebih kurang RM12. then kitorang jalan jalan sat lepastu balik hotel, sambung jalan dekat pasar bawah hotel. lagi havoc la sebab meriah gila gila. 



udang dekat pasar ni semua jenis pangkat atuk atuk punya, besar gila. ada yang size XL 6 ketul dia jual 300baht siap goreng la. kalau duit mesia dalam RM30 la kan, gila engko seketul RM5. dia just goreng raw then display, kita dah pilih baru goreng lagi sekali sampai masak. sos dia power. pedass and menyengatt hahahaha

pasar dia campur campur, takde seperate halal or non-halal. so kalau nak beli kena tengok betul betul dulu la. kitorang pakat cari yang muslim jual je terus beli hehehehe. ada satu uncle tu aku nak beli sosej, tapi macam risau non-halal, dia keluarkan plastik sosej tu then tunjuk logo halal. hahahaha 


so tu hasil hasil tangkapan selama dua hari. aku beli 14 helai t-shirt, 1 snapback untuk buayapren hahaha, 3 botol pes tomyam, 4 bijik fridge magnet, 1 bungkus Bento sotong favourite aku, 1 bungkus ikan panjang panjang, 1 beg sandang sendiri punya, 1 tote bag and 1 set pouch gajah. gitu. 

tshirt murah, 100baht sehelai so apalagi aku borong habis untuk family sorang satu dapat and untuk bakal mak mertua pun dapat hehehehe


LAST DAY - pack and back!


last day di hat yai so pagi tu breakfast then kemas kemas tunggu bas pi airport.  flight balik kitorang pukul 1.55pm waktu mesia, sampai 3.20pm. rasa macam tak nak balik huhuhu. oh ha, duit baht aku tinggal 20baht je hahaha, lebih kurang RM2 hahahaha

geng makcik makcik kehkeh


AYSian. 
sorry gambar blurry. 


tunggu nak masuk kapal. security sini ketat sikit la, siap kena bukak kasut bagai then masuk dalam silinder kaca angkat tangan kena raba sikit. tapi perempuan la yang raba huhu 


bye Hat Yai! jumpa lagi nanti insyaAllah :) 

DETAILS

1) aku bayar RM400 all in package - company organize 
RM400 lagi untuk belanja - 3000baht

2) bahasa, mostly cakap melayu. english cincai pun ada. 

3) nego barang kena kawkaw nego, dia letak 400baht,  kawan aku tawar sampai 250baht. dah nego jangan tak beli pulak. kena pukui nanti haha


ha tu jela kot. so so so lit! sila pergi hat yai sekarang! hahah bye. 

.hudapunyacopyrightreserved.