Tuesday, January 3, 2017

sum up 2016.

wish cliche ; happy new year! or lebih comel macam nak mintak penampo ; pinuye pompompompom *ketuk baldi*

ada orang cakap nak buat recap 2016 kena buat masa 31hb haritu tapi ada aku kisah? nampak obvious kan ke-tidak-kisah-an aku tu? mihmihmih. ala aku baru ada kesempatan nak menaip janganlah kecam macam ada orang kisah je kan *mata pandang atas* okk kita start.

Januari 2016
time ni still sibuk kumpul duit nak beli #benersaye, still ot balik malam balik lambat memang tak ingat punya. then dapat bonus raya cina buat pertama kalinya. aku tak percaya jugak sebab aku belum setahun kerja tapi bos sangat sangat sangat sangat pemurah kasi aku bonus hewhewhew alhamdulillah. dan urusan beli kereta pun jadi semakin cepat sebab ada duit bonus untuk back up. dan juga menikmati dinner raya cina bersama company dan cuti raya cina seminggu. hee

Februari 2016
apalagi sambut birthday la tiup kek makan lilin tiup belon pecahkan belon lompat sana lompat sini camberuk (baca ; macam beruk) hahahaha ok tipu. happiest day on my birthday ever sebab loan kereta lulus masa birthday. seronok tak terkata! even time tu tengah busy gila tapi still pegang phone tak lepas nak tunggu bank call punya pasal. alhamdulillah akhirnya! and aku ada buat full entry #Projek9323 ceritakan pasal pengalaman beli kereta. kalau yang follow mesti tahu la kan hehe gimme five! yeah memang patutnya tak perlu happy sebab kita buat loan kan, tapi i don't care hahaha sebab aku berjaya uruskan semua sendiri kot, a huge achievement untuk diri sendiri :) 

Mac 2016
komitmen bertambah, #benersaye la apalagi kohkoh. mula mula rasa risau takut tak boleh nak maintain, alhamdulillah semuanya ok. lepastu dapat free ticket tengok cerita Ola Bola dengan forwarder agent then jumpa Ah Cai omg omg dia serious cute gila weh! nasib harammmm nak pegang kalau tak dah kena bantai sebab cute sangat hahah! then akhir bulan, dapat anak buah pertama a very first sweetheart of ours :) sekarang, makin cerdik.

April 2016
time ni kerja makin banyak dan makin stress. tapi all went so well. and pertama kali panjat Bukit Broga sampai pancit 3 kali berhenti. tapi at last berjaya jugak sampai dekat puncak wuhu! 

Mei 2016
bulan ni tak ada apa sangat, just prepare nak sambut bulan puasa untuk Jun. aku makan banyak gila kot time ni, macam bela saka 100 tahun tak makan kohkohkoh

Jun 2016
sambut Ramadan. disebabkan sebelum sebelum ni perangai mengalahkan cucu iblis, so time ni aku start betulkan yang salah. cukupkan yang patut cukup. best gila time ni. rasa tenang gila gila. and time ni ada start pasang niat nak cari encik partner. niat je baru, belum buat movement pun lagi. sebab still dalam mood seronok nak bina kerjaya eceh kerjaya sangatt hahahah. then akhir Ramadan, i met someone. 

Julai 2016
jumpa someone, berkenalan apa semua then suddenly buat perancangan masa depan. then stop sekejap sebab sambut Hari Raya. then dia jumpa mak abah, aku pun jumpa mak abah dia. drastik gila. tapi kita manusia, mampu merancang. perancangan Tuhan adalah yang sebaik baiknya :) harapnya perancangan diteruskan untuk tahun 2017, insyaAllah. lepastu aku join bowling tournament company kali ni fun gila gila sebab ramai yang join, bukan nak menang sangat pun tapi lebih kepada nak huha huha dengan officemates semua :D

Ogos 2016
kali kedua join derma darah organized by company. aku macam aktif gila kan? hahah sikit lah. pun best jugak sebab kita memberi, and perasaan dia macam seronok la sebab kita niat nak tolong orang kan. then having fun dengan keluarga, kawan kawan, loved one and kerja seperti biasa. oh lepastu cuti merdeka. 

September 2016
sambut birthday someone tadi tu, takde buat apa apa surprise just kasi small gift, tapi tak boleh lupa sebab malam masa aku kasi hadiah tu, mata diaa, nampak sangat sangat dia happy even dia tak cakap (sebab perangai dia macam abah abah hahah), nampak la perasaan yang dia cuba tunjuk tu :) then mak abah dapat rezeki panggilan haji. seronok sangat sebab mak abah dah lama tunggu, alhamdulillah akhirnya dapat jugak pergi. sedih sikit sebab last minit call. rushing hantar mak abah tuptup rumah dah sunyi. first time mak abah takde dekat rumah lama macam tu. bersabar dan tabah je la huhuhu dah tua takkan tak reti berdikari ye dak. hahaha. then aku join Muscle Army Obstacles Challenge 2016. power beb! serious, so lit! sampai demamlah esoknya sebab game dia power gila haha! even badan 'comel' macam ni pun still boleh habiskan game, so kira ok la kan? hewhew. then aku pergi Light Sensation dengan someone tu. cantik tempat dia, tapi boring. bunga bunga tu je attraction dia, lain tak best. tapi ok la, romantiko de amore. hahah

Oktober 2016
mak balik yeay mak balik yeay mak balik yeay! alhamdulillah mak abah balik dengan sihat dan selamat. rumah kembali meriah hehehe lagi lagi dengan adanya aryan yang makin cerdik.  lepastu aku buat drastik plan pergi Tadom Hill, bersama someone tu jugak kuikuikuikui. bayar rm20 mandi sampai penat, tapi kitorang lepak situ 2 jam lebih macam tu sebab hari nak hujan. best :) nak pergi lagi. 

November 2016
aku berjinak jinak dengan babysitting part time. aku kurang sikit dengan budak budak sebenarnya, sebab aku jenis kepala angin. hahah jujur gila. tu yang test power buat babysitting, so far ok la. takde la teruk sangat. comel comel je perangai memasing haihh jatuh hati i dibuatnya hahah. then aku pi annual dinner company, pun first time jugak. tema wild wild west apa kebenda entah so kitorang pakai hat macam cowgirl je hahah senang. lepastu rezeki lucky draw dapat Asus tablet. unsangkarable sungguh. alhamdulillah :) 

Disember 2016
aku pi HatYai yeay! even 3 hari je tapi memang happening gila gila gila! seronok la dapat tengok tempat orang. ada plan nak pergi keluar lagi lepas ni insyaAllah :D balik je dari Hat Yai, aku pi Melaka dengan family. buat bbq bersuka ria apa semua. and perapan daging aku dipuji melambung lambung ye kawan kawan sekalian hewhewhewhewhew bangga gila padahal main campak campak je buat perap hahahah :D tapi ending 2016 aku tak berapa nak ok sebab aku gaduh besar dengan someone tu. haih entahlah, aku jealous sangat la kot. kawan aku cakap aku tak reti bersyukur sebab dapat dia, tapi aku manusia biasa kot. reti jugak jealous hewhewhewhewhew. tapi memang salah aku la kan. sekarang dah ok, kena buang kepala angin tu la kot :D 

then sambut 2017 wuhu! 

banyak plan yang dirancang menjadi, tapi still ada jugak yang tersangkut. sebab apa? sebab Tuhan suruh bersyukur dengan perancangan Dia and tak putus asa untuk cuba lagi, takdir boleh diubah dengan doa. reti? hahaha

semoga baik baik saja semuanya :) bye. 

.hudapunyacopyrightreserved.