Friday, July 6, 2018

Amirul & Siti - part 14

THE ENGAGEMENT DAY


July 1, 2018

Alhamdulillah Alhamdulillah, akhirnya semua yang dirancang dari July 2017 berjalan dengan lancar.
July 1, 2018 kitorang selamat ditunangkan mengikut adat yang diminta keluarga dua dua belah. 
huhu perasaan jangan cerita la, bercampur baur wei hahaha

ok aku cuba cerita dari a sampai masa hari majlis ni berlangsung.
and aku kreditkan sekali orang orang yang menyumbang tenaga/idea sepanjang majlis. 


mana mana yang tau pekerjaan aku confirm akan tau waktu aku tersangat suntuk untuk siapkan semuanya sendiri. termasuklah preparations bertunang. semuanya aku buat masih dikira simple dan guna apa yang ada. 

dulang hantaran ni contohnya. aku tak berkesempatan nak buat sendiri and mak bapak aku pun baru je balik dari umrah 3 syawal lepas so aku decide untuk sewa je semua dulang , sirih junjung dan bunga tangan. terima kasih to cik qaseh sebab sediakan semua servis yang aku nak. 

aku just pilih warna favourite and dia uruskan semua. and alhamdulillah dia berbaik hati bagi sewa 7 dulang extra free. baik sangat hati dia. sebenarnya dulang asal bukan macam dalam gambar, cik qaseh suggest aku tukar dulang and aku pun tak kisah. so maybe sebab tu dia kasi extra lagi 7. satu perkara selesai. alhamdulillah. 

and aku order brownies 3 loyang dari officemate aku punya kawan. 


Adillah. thank you Adillah bawakkan brownies yang akak order. and jadi peneman masa tunggu family lelaki datang untuk sarung cincin. brownies tak ada gambar ada dalam perut sorry aherherher. 

seperti yang dirancang, family belah lelaki datang pukul 2 lebih. and perbincangan sekejap je sebab sebelum ni dah sepakat, just nak remind and share information dengan family members yang lain. time ni dah nervous jantung laju sangat hahaha. sementara tunggu mak Amirul masuk bilik aku dengan kawan kawan aku sempat jugak la membawang pasal makcik nasik lemak tepi jalan.


anddd this is it. Alhamdulillah ya Allah, semuanya mudah sangat.
atas arahan abah aku tak boleh ambik pelamin sebab nanti orang confused tunang or nikah. and atas arahan mak jugak aku kena sarung cincin dalam bilik je. 
aku tak kisah asalkan yang wajib kita dulukan. 


ni mak Amirul. 


hujung kiri sekali adik Amirul, sebelahnya makcik dia, and sebelah kanan aku tu makcik dia jugak.
family belah lelaki ramai yang datang, lebih kurang 100 orang. family dia best gila sebab semuanya supportive gila gila and sangat meriah. 


hantaran dari pihak lelaki & dari pihak aku sendiri.
belah lelaki hantaran semua makcik Amirul gubah. and thank you Amirul sebab belikan phone baru untuk saya hewhewhew tapi dulang dah penuh so kita tak letak atas dulang. 


2 hari sebelum tunang dapat mende alah ni huhuhu happy sangat. 


thank you aja wanie & teha sudi datang dari jauh. and jadi peneman masa mak Amirul sarungkan cincin hehehehe memasing tak puas nak berborak. 


thank you hany datang bersama pasangan ehem ehem. tak ada doa lain kecuali doa doa yang terbaik untuk kawan kawan aku semua. 


and thank you kak yan sponsor chocolates untuk dulang hantaran & veil yang cantik ni. rasa macam tak nak bukak veil lepas majlis hahah and thank you kak shida sponsor puding untuk tetamu. sedap sangat dorang cakap sampai i pun tak sempat nak rasa aherherher



make up sendiri baju sendiri tudung sendiri semua veil je kak yan sponsor. sis menggunakan penjimatan yang optimum hahaa tetiba. 


semua gambar shoot pakai Huawei & Iphone 6s adik aku. aku dah cakap penjimatan optimum kuikui.


and yes, us. 
thank you untuk semuanya. semoga perjalanan akan datang lebih mudah dan kita lalui sesama k? 

and untuk yang lain lainnya, terima kasih untuk semua doa doa yang baik untuk kitorang. semoga yang baik baik jugak untuk korang semua. 
alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tenang. 

semoga urusan selepas ni diberkati dan dipermudahkan aamiin aamiin insyaAllah. 
selamat berkahwin. 

.hudapunyacopyrightreserved.