hahaha nampak tak perut tu macam 9 bulan pregnant? mestilah tak nampak kan hahahahah takpe korang orang yang 137 yang cakap perut aku kecik padahal tengah tunggu nak meletop je tu aherherher
maybe sebab baju aku semua besar besar patuh syariah kekdahnya hahaha or maybe sebab badan aku memang besar sejak lahir hahahaha. aku tak sentap pun orang cakap perut kecik, lagi aku layan ada la hahaha sebab macam seronok tengok orang terkejut bila aku cakap aku tengah tunggu hari :D
alhamdulillah baby sihat je dalam perut and membesar dengan cargasss. kuat macam abi dia lasak gila dalam perut macam tengah bersilat hahahaha and berat dia sekarang pun normal and bila bila je dah boleh lahir jumpa mommy abi dia. tak overweight and tak underweight. cantik je berat dia alhamdulillah.
gender? hahahahaha tunggu dia lahir je la ye. aku bagi hint 1 je : perut aku lebar.
ok sila lah teka sendiri.
and kepada kawan kawan yang awal awal dah bagi hadiah even baby belum lahir, terima kasih banyak banyak. murah rezeki baby dapat carseat dapat stroller dapat hadiah comel comel. korang memang awesome!
doakan urusan kelahiran baby dipermudahkan ye.
insyaAllah masa pantang kalau aku free aku cerita sikit pasal pregnancy journey aku yang orang luar semua tak tau.
aku ada hire confinement lady untuk jaga aku since mak & mak mertua aku busy dengan urusan masing masing. so insyaAllah akan ada banyak masa and banyak benda boleh belajar. nanti aku promote CL aku. pakej yang aku ambik 100% tradisional punya pakej pantang.
aku memang nak pantang tradisional sebab aku percaya style orang dulu dulu punya pantang lagi berkesan & menyihatkan. aku nak aktif & kuat balik macam sebelum pregnant.
of course harga dia agak tinggi tapi berbaloi untuk badan sendiri.
ok lah, doakan aku & baby ye.
jumpa lagi nanti korang!
bye.