oh tak tak, hakakk tak cuti pun hari ni. sebab hakakk memang nak kumpul ot. yang cuti raya tu tahniah la ye, selamat beronok ronok.
rabu lepas aku derma darah beb. first timer beb. aku cuak gila beb. tapi macam best gila beb. rasa nak derma lagi beb. ok dah boleh lempang kot beb. hahahahahahah ok tak kelakar kan beb.
aku dah kasi nama masa bulan puasa ritu lagi. time tu 50-50 jugak nak join ke tak join ke tak. tapi memikirkan aku nak try mende ni and nak tau darah aku sihat or tak untuk derma dekat orang orang yang memerlukan. eceh. tapi ketor dia, jangan cakap la beb. aku (agak) takut dengan jarum. lagi jarum nak sedut darah tu macam lagi tebal dari biasa. mak aih, hakakk tak sanggup tengok beb. hahahahaha. so this is it, my first ever blood donation moment.
haa nampak. tu sebelum nurse tu cucuk bius. serious berpeluh do. aku memang takut tengok jarum tu masuk dalam urat. perghh. nurse tu suruh pandang pokok sebelah kiri aku tu, sebab aku cakap aku takut. so ni aku hired sorang tukang ambik gambo buat kenang kenangan hahahahahaha. takde ah ni kakak ofis aku ambikkan. takut weh time ni!
see ? yeay berjaya akhirnya! i passed this level yeay! part ni la paling memeluhkan aku. hahahahahaha. kakak ofis aku cakap darah aku jalan laju je, lancar. alhamdulillah. time ni nurse suruh tengok, ambik gambo simpan. hahahaha aku ambik la jugak. nasib baik jarum tu dia tutup dengan kapas. kalau tak, berbuih buih aku satgi tengok jarum tu dalam urat. hahahahaha. oh sebelum boleh derma, kena isi form dulu. lepas tu nurse sorang check aku blood group apa. aku B. lepas tu doktor check ada sakit kronik ke malaria ke meroyan ke kurang kasih sayang ke apa semua. aku actually ada ekzema. aku alergik dengan seafood. so aku inform doktor. doktor kata aku punya alergik tak teruk. so boleh proceed to donate. alhamdulillah.
menyempat jugaklah kakak ofis sorang lagi ambik gambo aku curik curik hahahahaaha cis. malu gila do. time ni jarum dah masuk dah. first dia masuk tu agak sakit la. time darah dah jalan tak rasa apa apa. dah boleh relaks sikit. kakak ofis aku sibuk suruh 'tengok ah siti tu darah jalan tu tengok ah' hahahaha. aku memang tak berani beb. so aku tunggu nurse kata 'ok dah jalan' baru aku tengok. hahahaha amende la, padahal darah sendiri tangan sendiri.
tak lama pun, sebabkan aku first timer, so aku donate 35oml je. dalam 20minit macam tu dah penuh blood bag tu. then dapat certificate bentuk buku.
tara! buku ni bawak je setiap masa, so kalau ada kempen derma darah mana mana tunjuk je buku ni dah boleh donate lagi. and bagus jugak sebab kalau kita derma darah dapat kemudahan kalau ambik rawatan dekat government hospital. dapat second class ward contohnya.
effect lepas derma darah tu, aku sakit kepala petang tu. tapi ok lagi la. takde la sampai pitam ke hapa. still boleh sambung kerja macam biasa. ok pengalaman kali ni best. serious best! rasa macam puas sebab dapat tolong orang, even tak tau siapa yang dapat darah aku tu. kehkeh.
so ni kira pengorbanan aku la kot, sempena raya korban ni. tak gitu ? eceh.
korang, pi la try. serious feeling dia lain maciam! hahahah ok bye!