Thursday, February 18, 2016

#Projek9323 - Proses Beli Tenggiling (kereta lah)

aku buat kerja luar harini ganti staff mc so takde lagu kbosan namati.

yessza lepas entri 'menjelang hari raya' eh salah 'menjelang 23' ritu, esoknya tu aku dapat panggilan keramat katako dari cimb gitau loan aku dah lulus. dah kenapa tetiba cakap pasal loan pulak ni do? haaaaaaaaa 

masa aku memula dapat kerja dekat company sekarang ni aku sendiri dah ada plan nak beli tenggiling (baca; kereta), just rough planning gitu la sebab duit apa pun takde lagi. tapi time tu advance tak beragak dah plan no plate cun cun kahkah so sebab tu la wujudnya #Projek9323 sebab tu significant dengan birthdate aku. gitu. 

first try apply - Proton Saga 1.3 MT Executive 2014 (new) 
around july 2015. bapak aku jenjalan dekat showroom then ada satu kete tu dia berkenan, dia suggest aku try apply time tu aku baru 3 bulan kerja and baru je jadi permanent staff centu la. yang ni aku apply full loan rm36k kalau tak silap and disebabkan umur baru 22 kena pakai grento (baca; penjamin). loan tak lepas sebab grento problem. tu je. so aku pun move on. 

second try apply - Honda City 1.5 AT 2007 (second)
yang ni kecewa sikit. pertengahan disember 2015 ritu masa tu aku dah move on tak dapat saga ritu and aku teruskan projek kumpul duit apa semua since time tu aku kena ganti staff maternity leave 2 bulan so aku jaga bank statement kumpul ot tak hengat punya then bapak aku kasi cadangan try apply honda city ni since dia baru beli fd (baca; honda civic) so dia jadi suka gila sebab enjin honda memang power katanya. honda jazz pun ada jugak dia suggest tapi sebab kakak aku pakai jazz so dia suruh ambik lain sikit. 

kitorang jenjalan area ampang based on mudah.my punya ads la, dua kali je carik then terus jumpa satu memang cantik tiptop gila luar dalam kereta dia. disebabkan aku tak reti bawak auto so abang aku yang tolong test drive-kan kereta tu. memang rugi kalau tak beli so aku proceed apply for loan. rm32k otr letak deposit rm4k so loan rm28k je. oh yang ni ada booking rm500 kalau loan tak lulus dia refund rm300. time ni try loan atas diri sendiri sebab takut kalau pakai grento still problem. 

time ni salesman tu obvious sangat macam tak nak buat loan aku sebab kereta lama en so dia macam suruh beli cash ah. memang tak la aku nak beli cash kalau bapak bayarkan sap sap soi je hahaha mende ni semua guna duit sendiri. so lepas seminggu tu bank ada call then dapat text yang jenis auto-send punya dari public bank cakap loan lulus. time ni dia punya seronok sampai tak cukup tanahla kata orang hahahaha then aku forward dekat salesman. 

esoknya salesman cakap lulus tapi dengan 1 grento. ni problem sebab aku takde grento yang kukuh boleh tolong. bapak aku kerja on contract and faktor umur pun effect jugak. yang peliknya dekat sini salesman tu betul betul negative thinking punya orang. aku macam tak faham bukan dia patut kasi semangat sikit ke. then aku tak reti nak kalah lagi, aku mintak tolong kakak jadi grento even harapan memang tipis la. patu bapak aku tiao sikit salesman tu kenapa macam cakap lain tetiba jadi lain. aku submit grento then esoknya salesman terus cakap loan tak lulus. instinct aku kuat cakap dia ni tak submit pun grento aku. so aku suruh dia proceed on refund, dia cakap kena tunggu. dia cakap memula refund rm200 je then aku send dekat dia black and white yang dia sendiri tulis ritu cakap refund rm300 baru dia senyap. putar belit betul. bapak aku terus call mintak refund malam tu jugak, esoknya dia terus kasi. kehkeh. salesman macam ni memang tak boleh pakai.

third try apply - Proton Saga Plus 1.3 MT 2016 (new)
yang ni dilema jugak memula. aku ada dapat info kalau tak nak pakai grento umur kena lepas 23. time ni awal januari hari tu. so aku dilema nak proceed or tunggu februari lepas birthday. aku ada jugak tanya tanya dekat kawan yang dah beli kereta and dorang ada jugaklah rekemenkan salesman dorang. duit, payslip, bank statement apa semua dah cantik dah, just umur tu je. aku lagi sebulan je nak masuk 23 so macam takut nanti kena pakai grento lagi. then kakak ofis aku ada rekemenkan jiran dia, salesgirl la tapik. kakak tu dia major nissan, tapi boleh jugak buat proton dengan dia. so aku merisik khabar dulu dengan salesgirl tu aku pun terus apply loan. kereta otr rm34192.40 sebab ambik metallic so loan 90% kena letak deposit 10% dari harga tu la. 

salesgirl aku tu advice aku readykan sekali offer letter dengan sijil diploma in case aku kena pakai graduate skim. dia submit loan aku dekat bank islam & cimb. ok then bank islam call mintak aku buat graduate skim, aku submit la offer letter apa semua tu, sekali dengan confirmation letter since masa aku confirm ritu ada increment gaji then nak kasi bukti centu la. cimb loan biasa 90% punya tu. then sambut birthday pumpang pumpang esoknya cimb call cakap loan aku dah lulus tanpa grento weh. alhamdulillah. 

ok tapi ada problem on warna la. aku request warna merah, tapi stock yang ada cepat time tu hitam and putih je. 15hb februari harga proton akan naik so kalau nak tunggu warna merah takut deposit kena tambah. so aku call bapak mak abang kakak bff aku norin kakak ofis aku apa semua tanya nak ambik warna apa hahahahaha. ada yang suruh ambik hitam ada yang suruh putih. ha ni, putih tu solid, so harga dia murah rm500 dari metallic ye kawan kawan. last bapak aku whatsapp suruh ambik putih. ok aku proceed. 

esoknya pi cimb jumpa salesgirl aku nak sign agreement, tapi tak dapat nak sign hari tu sebab agreement aku kena tukar dari metallic to solid since aku last minit tukar en. then cuti raya cina dua hari lepas tu baru sign agreement yang betul. loan aku lulus rm31k interest agak tinggi 3.4% . time tu baru bayar deposit and beli no plate. 


........................................................................................................................................

OK CERITA NO PLATE DULU SAT. 
kan aku cakap aku dah ada plan nak letak no ikut birthdate apa semua kan. so aku kasi list dekat runner dalam 10 nombor centu, so nanti dia pi tunggu mana yang kena ah. ni under running number yang biasa rm210 tu, tapi kita tunggu certain nombor yang kita nak. gitu. malang sikit la sebab 9323 tak kena, and the rest pun ada yang kena bid. then mak aku suruh letak 3293, memang nak jadi rezeki, kena pulak. so bayar runner fee rm50 centu. ikut runner jugaklah berapa dia nak pow, kalau melampau sangat jangan buat dekat dia kehkeh. 
.................................................................................................................................................

ok sikit info dokumen yang wajib ada nak apply loan. satu; FOTOSTET IC & LESEN. dua; FOTOSTET PAYSLIP 3 OR 6 BULAN. tiga; FOTOSTET BANK STATEMENT 3 OR 6 BULAN. empat; FOTOSTET KWSP. 

kalau pakai GRADUATE SKIM pulak, SEMUA YANG DI ATAS + FOTOSTET OFFER LETTER & SIJIL DIPLOMA/DEGREE and so on. 


IN CASE kena ada GRENTO, sediakan dokumen yang SAMA macam dokumen kita. ok dah siap salin murid murid? kahkah!

apa beza loan biasa dengan graduate skim?
monthly installment kalau ambik graduate skim akan lebih rm30 dari loan biasa SEBAB depa (baca; graduate skim) ni full loan yang tak payah pakai grento. lain semua sama. ok boleh terima penjelasan saye?

oh ha, aku punya application makan masa dalam seminggu jugak nak tunggu bank call, nak lulus pulak sehari je. pagi bank call petang terus lulus. patu nak sign agreement pulak around 3 hari centu patu nak tunggu delivery kereta around seminggu based on stock la.

3-4 bulan sebelum apply loan yang ketiga ni aku jaga duit keluar masuk patu kumpul ot patu menabung patu main kutu sikit sikit time ni memang jadi kedek (baca; haji bakhil) namati ah tenggiling punya pasal en. lepastu aku ada la google sikit sikit pasal proses beli kereta buat loan beli no plate apa semua. sebab aku agak bendul macam senduk so sebelum kena kincin veyra tabule aku buat pembacaan sikit. kehkeh

HA! satu lagi mende penting. in case korang yang ada loan ptptipu (baca; ptptn), silalah cantikkan payback anda sebab certain bank tengok mende ni ye. salesman aku sebelum sebelum ni takde sebut la, salesgirl aku tu yang ada cakap.
..........................................................................................................................................................
MACAM MANA NAK TAU MAMPU LULUS OR MAMPUSS

ok let say kereta otr RM32k. kau apply 90% loan. so deposit 10% la kan, rm3200.

rm 32000 - rm 3200 = rm 28800 <-- ni amount loan.

ok loan rm 28800 x 3.4% (contoh interest rate) x 9 (tahun kau nak bayar balik) = rm 37612.80

ok rm 37612.80 tu la loan kau selama 9 tahun.

monthly installment kau : rm 37612.80/108 bulan = rm 348.27 

nak tau loan kau ada harapan lulus or sebaliknya, kira cemni;

monthly installment rm 348.27 x 3 = rm 1044.80

k kenapa kali 3? entah, bank yang ajar centu mana aku nak tau hahaha

so, gaji bersih korang kena lagi TINGGI dari rm1044.80 tu. baru ada peluang cerah lagi suci nak lulus. kalau gaji bersih kau tiap bulan around rm1200 centu agak tipis la, maybe kena pakai grento. maybe la dia ikut bank jugak. 

monthly installment aku rm380+ centu la. sebab saga je kannnnn nyehnyeh

ok lagi info kalau nak beli kereta SECOND.
kalau tengok dekat mudah.my or carlist.my ke, harga yang dia display tu adalah HARGA BODY je, nak tau roughly harga sebonaa kereta tu, tambahkan rm5k. sebab biasanya rm5k tu termasuk processing fee, roadtax, insurans and yang berkaitan la. gitu.

lepastu, kereta ni maksimum loan boleh main pun 15 tahun je. macam ni; 

contoh kereta second tu tahun 2007, sekarang dah 2016, k maksudnya kereta tu dah 9 tahun. so balance loan boleh buat pun 6 tahun je. ok faham tak?
..........................................................................................................................................................

haa k apa lagi eh nak kongsi dengan korang ni? hm ha!

jangan bayar deposit sebelum loan lulus. bayar bila dah lulus and dah siap sign agreement apa semua, mintak resit. ni penting. 

better cari salesman dekat showroom terus. lebih selamat dan dipercayai. 

bila dapat kereta, check chasis number & enjin number sama macam dekat dalam geran and check whole body kereta atas bawah luar dalam so kalau ada defect boleh terus report.

kalau kereta second pulak, seeloknya bawak trusted mekanik korang or orang yang expert check enjin apa semua. 

tu je la kot. so taaghaaaaaaaaa! alhamdulillah.


korang korang kalau ada mende nak tanya pasal proses dekat atas ni boleh lah dm aku dekat twitter. mana yang aku tau/pernah mengalami/pernah berpengalaman aku cuba la jawab. gitu macam retis social media pulak ko. oh link twitter ada dekat page #TukangTaip tuuuu atas tu. 

ok semoga bermanfaat pada korang korang yang memerlukan. bye!

sumber; google, kawan kawan, kakak salesgirl, kakak ofis, family, web jpj and blogger blogger yang post pasal proses beli kereta.

.hudapunyacopyrightreserved.