Friday, March 9, 2018

Amirul & Siti - part 8

THE RINGS AND GELANG THING

disclaimer; whoever has the same budget like us, this will help you. 

harga emas sekarang turun & naik. kalau jenis rakyat marhaen yang tak berapa minat dengan mende mende ni macam aku dan jugak yang tak tau perkembangan dunia emas terkini, nak pilih barang kemas jadi agak takut takut & memblur. 

aku obviously tak reti bab bab beli mende alah ni (i wear nothing on my hands) tapi nasib baik adanya amirul yang cerewet apakebenda entah beli barang kemas buat cukup syarat je pun, aku berjaya beli emas guna win win situation. 

kitorang beli dekat WAH CHAN.
yes, cincin merisik, tunang dan jugak gelang nikah. 
and kitorang beli asing. 

masa beli cincin merisik & tunang, budget kitorang rm1000 untuk 2 jenis tu. 
so obviously kena cari yang sedikit padu & batu batu tak over mak jemah sangat. aku rimas. 

kitorang pergi WAH CHAN first thing kitorang buat;
1) bagitau budget sebenar kita. 
mende ni akan memudahkan urusan nak pilih & dan tak buang masa. 
2) bagitau size jari. nanti dia ukurkan. lepastu dia keluarkan semua jenis cincin size kita ikut budget yang kita bagi. 
3) pilih.
4) bayar. 

boleh bayar lump sum ataupun bayar partially. kena letak deposit la tapik. then set date untuk collect & bayar habis. 

kitorang dapat free gift 1 lagi cincin (belah rotan), gelang jade, loket. 

settle.

ok gelang nikah. 
budget kitorang rm2000. 
gelang ni kena cari hat bulat bulat sikit sebab tangan aku macam tuannya jugak. seperti dipam pam dengan bahagia. 

kitorang pergi WAH CHAN yang sama dan alhamdulillah kitorang di-serve oleh salesgirl yang sama sooo kitorang berjaya spend 30minit je for the transaction. power tak? ktak bye.

pilih gelang ni lain sikit.
1) bagitau budget jugak.
2) mention awal awal nak gelang bulat bulat & padu. 
3) dia keluarkan 4 atau 5 jenis yang kita minta ikut budget. 
4) test pakai. 
5) kira harga emas semasa & upah. dan jugak diskaun. sila tanya. jangan tak tanya nanti kena kencing.
6) request kotak cantik untuk buat nikah. 
7) bayar. 

oh ye gelang ni tak ada free gift.

budget cincin & gelang = rm3000
total harga cincin & gelang = rm2425. 

so ada lebih rm575. 

jimat bukan?

oh ye kotak cincin WAH CHAN tak berapa nak menarik so aku beli kotak lain yang lebih sesuai. 


yang atas tu kotak Wah Chan. 


kenapa Wah Chan?
sebab Wah Chan ni untuk setiap 1 jenis gelang tu, dari size kecik sampai la yang hat gabak baling anjing pun ada. contoh macam gelang jenis pintal padu, dari sekecil kecil size sampai besar bapak punya Wah Chan ada. so memudahkan kita nak pilih ikut selera kita. 

kalau cincin pun lebih kurang sama. 1 jenis tu ada semua size dari kecik sampai ke size paling besar. 

and satu lagi sebab amirul tersangat cerewet 😑
kitorang jenis tak suka nak lama lama, so nak cepatkan transaction kena kasi hadap semua jenis so dia boleh pilih & belek cepat. serious tak tipu. hahah

so settle hal barang kemas. lega alhamdulillah. 
harapnya dapat bantu sesiapa yang tengah cari emas untuk kahwin tu. 

experience & reviews may be vary. so yang ni pengalaman & review aku. orang lain mungkin berbeza. 

suit yourself.
selamat membeli 😉
dan selamat berkahwin 💐

.hudapunyacopyrightreserved.