Monday, November 26, 2018

otak kanan (19)


perjalanan kitorang tak sesenang yang orang bayang. dan tak juga sesusah yang dijangka. bertepatan dengan kemampuan kitorang untuk lalui semua tu. Tuhan sendiri cakap Dia takkan uji hamba Dia lebih dari kemampuan. alhamdulillah semuanya dapat dilalui dengan sabar dan tabah. Tuhan je tempat bergantung. 

bila diingat balik waktu awal perkenalan, aku sendiri tak sangka aku akan kenal lelaki ni. bagi aku dia jenis lembut hati dan sangat penyayang. tak tunjuk secara depan depan, dia suka tunjuk perasaan dia melalui perbuatan dan effort dia. rasa tak padan dengan perempuan macam aku. but anyhow, Allah knows best. aku minta lelaki yang tak ada niat untuk buang masa dengan aku, Tuhan bagi aku lebih dari apa yang aku minta. Allah Maha Pemurah. 

aku sure hari nikah nanti aku lah orang yang paling banjir sekali sebab waktu tu aku akan ingat balik semua susah senang jerih payah yang kitorang lalui sama sama. betul, bunyi macam cliche tapi semua tu realiti. terlalu banyak air mata kegembiraan sepanjang perkenalan dengan lelaki ni. dia terlalu ikhlas dengan cara dia. moga perasaan itu kekal sampai ke hujung nyawa. dia yang tak kisah tentang buruknya rupa aku bila aku stress. dia yang terima semua cacat cela perangai aku. 

aku berterima kasih dengan abah dan mak sebab restu hubungan ini secara dua hala. restu mak abah dua dua belah keluarga sangat penting untuk kehidupan kitorang selepas ni. terima kasih abah sebab terima lelaki ni sebagai menantu. terima kasih mak sebab nampak lelaki ni betul betul ikhlas dengan aku. aku percaya mata kedua mak abah aku lebih pandai menelek dan menilai lelaki masa depan ni. 

terima kasih jugak untuk mak abah dari pihak lelaki ini sebab terima aku seadanya. walaupun awalnya aku sendiri kekok dan segan, tapi penerimaan mak abah sangat buat aku terharu. aku nampak betapa mak abah lelaki ini excited untuk menyambut aku sebagai menantu sulung diorang. insyaAllah mak insyaAllah abah, akan aku jaga dan patuh dengan anak lelaki mu ini, selagi tidak bertentang dengan agama dan suruhan Allah. akan aku sayang sepenuh hati dan perasaanku tanpa ada yang lain. akan aku sokong dia untuk terus berbakti kepadamu duanya tanpa ada kurang sikit pun. 

aku pernah rasa saat tak diterima. pernah rasa dibandingkan. pernah rasa ditolak macam tu je. sakit. 

lepastu Tuhan jumpakan aku dengan lelaki ni. rasa sakit tu slowly hilang. perasaan sayang yang dia zahirkan tu buat aku rasa dihargai, buat aku rasa sayang dengan diri sendiri and aku terima diri aku sendiri tanpa perlu jadi orang lain sebelum ni. rasa dekat dengan Tuhan. semuapositive vibes dia serapkan dekat aku. 

walaupun bertimpa timpa ujian dan dugaan menimpa dia, he manages to stand still. masih positive dan bersangka baik dengan Tuhan walaupun waktu tu peritnya terlalu susah untuk ditelan. Tuhan, aku kagum dengan lelaki ni. cekalnya dia, macam abah. 

aku faham selepas ni kehidupan aku dan dia akan berubah. mungkin akan macam rollercoaster. ada turun ada naik ada berbukit ada menjunam turun. tanggungjawab dan komitmen jadi perkara utama. agama jadi tiang dalam kehidupan kitorang. semoga yang baik baik je untuk kehidupan seterusnya. semoga Tuhan bagi kekuatan hati dan iman untuk hadapi hari hari di masa depan. 

untuk lelaki ini, terima kasih atas kasih dan sayang yang diberikan. juga atas keikhlasan yang tak ada cela untuk aku. semoga jadi ketua keluarga yang baik yang meletakkan agama jadi nombor 1. semoga aku jadi isteri yang paling baik untukmu.

kurang 60 hari lagi hari pernikahan aku dan dirimu. semoga segala yang dirancang dipermudahkan dan diberkati Tuhan. 

aamiin ya Allah. 

.hudapunyacopyrightreserved.