Monday, April 25, 2016

eh broga lah!

camera amatur, maaf

semalam aku pergi panjat bukit broga nun. eh takde lah naik sendiri, aku follow sport club company. dah bayo yuran setahun 120 takkan la tak nak join ye dak? so aku pun nak try jugak either aku kuat or tak kuat nak panjat bukit broga tu. 


macam yang aku cakap sebelum ni sport club company aku memang aktif. setiap bulan memang akan ada aktiviti. so, semalam aku keluar rumah around 4.15 pagi macam tu, then aku ambik kak yan terus pergi. lalu jalan biasa federal highway sebab aku memang lalu jalan tu kalau balik kampung. pepagi buta keluar takut jugak sebab jalan rumah aku dah la sunyi gila. tawakal je la. 

sampai broga dalam pukul 5.25 pagi macam tu. sepanjang dekat highway bukan main lengang lagi, sampai dekat jalan nak masuk broga mak aih dia punya jam, macam ada konsert. dah la jam dekat bukit, berpeluh makkk nak main clutch. hahaha. lepas tu dapat parking, fee sekarang rm3. dulu rm2 kalau tak silap la. aku sampai time tu pun memang dah ramai, and ada yang dah start mendaki. kitorang tunggu yang lain sampai dulu baru start daki around 5.45 pagi macam tu. 

panjat punya panjat punya panjat, baru suku aku dah sangkut. maybe sebab aku tak makan apa apa langsung then terus mendaki, so aku stop dulu minum air apa semua. rasa macam nak pitam, melayang layang badan even memang takkan melayang pun since aku berat haha. time tu kak yan tunggu sekali, lepastu kitorang sambung panjat then dia dah jauh ke depan aku biarkan je, aku duduk lagi. rasa macam tak cukup oksigen pun ye jugak. berpinau pinau mata. then aku makan pisang. serious memang macam habis tenaga terus. nak kena recharge balik. 

lepas tu lagi sikit nak sampai dekat first puncak, aku duduk lagi, kali ni terus melunjur kaki. rasa nak give up tapi rugi la kan dah panjat separuh lagi sikittt je nak sampai atas. nak sampai ke puncak tu dia curam sikit. tak tau la nak cakap berapa darjah tapi bagi aku curam la. last sekali, sampai jugak aku dekat puncak. sebelum matahari naik aku dah sampai puncak. tapi first puncak la, yang lain naik lagi atas. aku dah separuh nafas so aku stay je dekat situ. 

aku tak tau ni kabus or jerebu. 

tara! alhamdulillah, dapat jugak merasa tengok pemandangan macam ni. sejuk je, angin pun sepoi sepoi ekonomi asas. sepoi sepoi bahasa melayu tak relevan dah. disebabkan aku duduk merenung masa depan dekat puncak ni sorang sorang, so takde la gambar bukan bukan. malu. kikikiki. oh kak yan dia naik lagi atas, so aku cakap aku tunggu je dia turun nanti. aku melepet je dekat situ. 


aku melepet betul betul dekat tempat orang sampai first puncak tu. sebab angin kuat. best. nampak mamat pakai baju hitam tu? haa sebelah dia la aku duduk, sandar menyandar gitu k tipu. time ni dah rasa ok sikit. tak sesemput macam sebelum tu. 


selfie tak seberapa sebelum nak turun. yang sebelah ni buat muka poyo sebab dia panjat lagi atas dari aku, kfine next time aku kalahkan dia akakakaka. nak turun pun satu hal jugak, curam en so motion badan kita macam nak meluncur je. dua kali jugaklah aku tergelincir macam nangka wangi masak ranum. tapi aku peduli hapa. then sampai bawah around 9.15 pagi macam tu terus balik. nak turun kemain cepat, nak naik mak aih, separuh nyawa. over ko separuh nyawa. kitorang tak singgah memana sebab memasing dah tak rasa kaki sendiri kakakakaka. 

sampai rumah apalagi tidurlah. 

banyaklah pelajaran/pengajaran aku sendiri dapat semalam. contoh dia, bukan senang nak naik tapi terlalu senang nak turun. bolehlah relate sikit dengan life kita sekarang. lepastu nak seribu daya tak nak seribu kata lepastu dah duduk atas tu takut nak tengok bawah balik, seremmm. sama la jugak kan, kau dah senang bila terkenang waktu susah mesti rasa perit. tapi kalau tak ada waktu susah macam mana nak hargai waktu senang? kk sorrylah aku dengan prof muhaya tak boleh lari jauh, kamcing kuat.

korang yang nak try tu, selamat mendaki dengan jayanya! bye.

.hudapunyacopyrightreserved.