Monday, May 16, 2016

apa masalahnya pun ber ter adui

so baru baru ni ada beberapa manusia sekeliling tanya dekat aku dah ada buaya-friend ke belum/bila nak kahwin/dah ada calon ke belum. so aku jujur, belum ada/belum sampai time/belum jumpa calon. then tak pasal pasal kena cop andartu. baby-nya. 

aku yang baru 23 tahun ni pun kena cop macam tu aku panas hati, keluar segala haiwan ternakan yang ada dekat zoo negara, inikan pula kalau orang yang lagi tua dari aku. layak ke kau nak label orang macam tu? sila pandang diri sendiri dan ulang soalan itu kepada diri anda sendiri ye. 

sebelum aku ditanya/dilabel mende macam ni aku sendiri pun pernah bercakap/bertanya jugak soalan jenis sensitif level doblas kuasa dua dekat orang lain. maybe ni nama dia what you ask, you'll be asked back gitu kekdahnya. percayalah soalan tu bagi seorang perempuan memang sangat sensitif katako. 

dan percayalah ini semua kerja Tuhan. bila/macam mana/dekat mana/dengan siapa/berapa tu semua kerja Tuhan. diri dia sendiri sedang berusaha untuk sempurnakan impian/hajat dihati. lepastu kau tanya macam tu perit sangat rasa dia kau tau?

so ini adalah salah satu punca perempuan berubah jadi moody. lelaki sila take note ya. kakakaka. 

untuk aku sendiri aku sedih/terasa hati/mood kacau bila kena mende macam ni. tapi aku boleh buat apa? duduk melepet je la. sambung buat kerja macam biasa.

semua orang ada jalan cerita yang berbeza beza. apa dia hadap dalam hidup dia tak sama dengan apa kau hadap. mungkin dia punya lagi perit siapa boleh jangka, kan?

oh salah seorang yang tanya soalan tak ada insurans tu dia dah pun berkahwin tapi belum diberi rezeki anak lagi. kalau ikut kepala otak jahat aku, aku balas balik kawkaw cakap dia mandul. tapi layak ke aku nak label dia macam tu? salah dia ke? tak kan. so twist je la plot dia dengan plot aku. 

sama kan? pandai.  

.hudapunyacopyrightreserved.