Tuesday, March 20, 2018

Amirul & Siti - part 11

THE FUNDS

i know it's 2018 tapi peduli apa aku haha tetiba 😂 blog ni platform aku untuk share & luah apa yang aku suka. compared dengan wattpad tu tempat aku buat short story cliche and merapu hahahah. blog ni pun dah 8 tahun hidup (gila ah) so why not we appreciate its existence gitu 💕 hahah 

ok berbalik kepada syllabus kita harini aku share sikit macam mana aku & Amirul kumpul duit kahwin. 

TAPI! SEBELUM TU, 
aku letak disclaimer sikit la macam biasa. 

DISCLAIMER; kalau hang dan pasangan hang diberi rezeki banyak kaya raya kuih raya alhamdulillah, post ni sesuai untuk bacaan saja. kalau hang ada bajet lebih kurang macam kitorang, this will help you insyaAllah. 

kitorang mula menyimpan takdelah nak kata awal sangat. dan tak terlambat sangat. ngam ngam soi. dan amount yang kitorang start pun tak banyak. sebab masing masing baru nak kenal buruk baik masing masing & masih lagi dalam fasa 'dia ni kalau tak jadi kang rugi je duit duit aku' dan juga fasa 'dia ni kaki ngikis ke tak risau jugak nak simpan duit ni' . gitu. 

mula mula sekali masukkan esen vanilla dan kacau dengan sebati k tak kelakar.

mula mula kitorang kumpul RM200 X 2 orang setiap bulan. 
mula simpan masa bulan 7 2017. lepas raya kalau aku tak salah. 
amount ni fixed sampai hujung tahun 2017. 

bukak satu akaun bank khas untuk simpan duit kahwin ni je. and kitorang tak register online banking sebab nak elak duit ni selalu keluar tak masuk masuk 😂 
kalau guna asb pun lebih baik. 
tabung haji jugak. 

kitorang memang target 2018 kahwin. so start bulan 1 2018 kitorang upgrade amount jadi RM500 X 2 orang, sampai sebulan sebelum nikah. 

dan kalau ada lebihan duit yang korang rasa kalau dibuang buang macam tu jadi membazir, ada baiknya tambahkan dekat dalam simpanan kahwin korang tu. 

raya cina bulan lepas aku dapat bonus setengah dari RM10k so separuh dari bonus tu aku simpan dalam tabung kahwin. dah siap tolak duit untuk parents duit untuk komitmen dan yang penting penting. 

Amirul pulak duit hasil mengajar silat separuh dari tu dia masukkan jugak dalam tu. 

jadinya RM500 sorang tu simpan fixed berserta tambahan tambahan lain. 

kena disiplin dan saling ingat mengingati pasangan. 

Alhamdulillah sikit je lagi nak sampai target kitorang ok rasa sebakkk pulakk 😂😂

tapi.
ada tapi dia. 

sepanjang korang menyimpan duit kahwin kalau ada apa apa dugaan/cabaran yang berlaku, redha dan ikhlaskan je apa yang dah jadi. 

kitorang pun tak terkecuali. 

tayar kereta aku semua kena tukar baru sebab satu satu kena paku hat besar besar. 
lepas tu Amirul eksiden motor separuh hancur. 
lepas tu gaji Amirul dekat tempat lama kena tahan padahal dia berhenti ikut prosedur. 
lepastu ada masalah lain yang sebabkan kitorang terpaksa guna duit tu. 

TAPI!
mesti ganti balik duit yang dah dikeluarkan. 
MESTI. 
tak kisah la ganti separuh separuh ke yang pasti mesti ganti. 
part ni kena disiplin lebih sikit. nak kahwin kan?

kalau ada banyak lebihan selepas kahwin pun bagus jugak. duit duit tu boleh buat standby untuk rumah pulak tak gitu? 

cabaran memang banyak. kena banyak sabar dan ikut nawaitu asal kita. 
sejujurnya aku sendiri tak terdaya nak tahan dugaan/cabaran yang datang. 
standard la orang perempuan apa apa hal akan buat drama airmata dulu. 
tapi nasib baik adanya Amirul yang sangat sangat tenang lepas tu dalam kepala dia ada je next plan next plan yang dia sendiri dah set. 
so bila salah sorang kuat, sorang lagi pun akan jadi kuat jugak aw i love you Amirul ❤ eww. hahaha

dia suka ingatkan aku benda benda macam ni;
- kita menyimpan duit kahwin sebab nak nikah. 
- kita nak nikah kerana Allah. 
- kita nikah sebab nak sama sama jadi baik kerana Allah.
- kita besarkan keluarga kita & hubungkan satu sama lain. 
- apa apa yang jadi semua dari Allah, so kena selalu redha dan tenang. 
- kita nak nikah sebab sayang satu sama lain. 

kalau korang hari hari dengar benda ni dari pasangan korang, rasa semangat tak nak teruskan misi kahwin? yessss well done! 

bila duit kahwin dah ada separuh dari yang kitorang target, family Amirul terus datang meminang dan pinangan pun diterima 💍 Alhamdulillah 💕 

nak sampai ke stage ni tak semudah yang kitorang sangka, tapi it worth the pain. 

so saranan aku, jangan mengalah. 
rezeki nak kahwin ni banyak. 
just kena banyak sabar & banyak bergantung kepada Allah. 
usaha biar seiring dengan tawakal. 
insyaAllah semuanya akan dipermudahkan.

apalagi silakan mengumpul dengan jayanya 💪
korang korang yang nak kahwin jugak tu, kitorang doakan all the best and jangan give up 🌸
sikit je lagi 😉
selamat berkahwin 💐

.hudapunyacopyrightreserved.